Thursday, January 9, 2014

Long Distance Relationship Part 1


Hello :)

Seperti yang aku janji hari tue nak buat entry pasal dugaan dan cabaran semasa Long Distance Relationship (LDR) untuk perkongsian kita bersama berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami... mihmihmih... walaupun sakit dan demam melanda diri aku gagahkan juga  menaip entry yang x seberapa ne... mari larr kita baca sampai habis oke?? penat tau aku taip dalam keadaan kurang sihat ne... hehehee



Tapi sebelum tue korang tau x apa tue LDR??? LDR known as Perhubungan (Percintaan) Jarak Jauh (PJJ) bukan Pengajian Jarak Jauh oke?? -_-" Menjalani PJJ bukan sesuatu yang mudah mahupun luar biasa pada masa kini... PJJ ne nampak jer macam mudah dan sweet2 romantik gitu alaa2 dalam drama tapi sebenarnya hubungan ne memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang amat tinggi... Jangan tertipu ngan drama oke?? hahahaaa... okee, semasa permulaan PJJ ada beberapa perkara yang sering datang bertandang & menganggu fikiranku antaranya :::

  • bagaimana jika jarak jauh memisahkan hati kami?
  • macam mana nak survive?
  • mungkinkah si dia akan curang di sana nanti?
  • apa yang perlu aku buat jika benar dia curang?
  • blaaaa,,,blaaaaaaaa,,,blaaaaaaaaa (dan banyak lagi tapi malas nak taip! wahahahahahaaaa)
Bukan aku pinta untuk terjebak dalam hubungan sebegini tapi apakan daya dari zaman kolej lagi aku dah melaluinya tapi akhirnya cinta x kesampaian... sekarang pun aku masih dalam hubungan ne tapi kali ne dugaannya maha berat dan besar berbanding zaman kolej untuk aku tempuhi lagi2 kami terpisah oleh lautan china selatan (T.T) tapi korang jangan lar takut jika korang terjatuh cinta ngan seseorang yang jauh,, belum cuba belum tahu kan?? bukan semua PJJ berakhir dengan air mata kecewa mahupun kata2 perpisahan... Think positive oke?!! Fight for it, if you really love that person...

Yaa,, aku akui memang banyak dugaan, cabaran dan menuntut pengorbanan serta kesetiaan yang tinggi... memang bukan mudah untuk berjauhan dengan orang yang tersayang lebih2 lagi untuk orang yang sering berjumpa dan tiba2 jauh dari mata... dari mata oke bukan dari hati... Aku akui kadang2 aku juga tidak terlepas dari berfikiran curiga, prasangka, was2 dan menuduh yang bukan2... Kadang2 aku pun penat fikir bagaimana nak cari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan ne... Ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dari aku, lebih2 lagi si dia seorang yang sentiasa busy menjaga keamanan negara sehinggakan langsung xda masa untuk mesej or call... Sedih!!!




  • SUNYI
Apabila sudah berjauhan, hati menjadi sunyi,,fikiran mula x tentu arah,, dan pelbagai perasaan yang mula timbul dan menjelma di hati... ketika ne lar kawan jadi sasaran dan memainkan peranan penting untuk menjadi peneman serta penyeri hari tanpa dirinya... Yunie ialah "mangsa" tempat meluahkan perasaan apa yang tengah aku rasakan & dia pun begitu... biarpun mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan... ceria bersama kawan berbeza apabila bersama dengan yang tersayang... heheheheee


  • HAMPIR KE PENAMAT
Pernah sekali aku hampir putuskan hubungan dengan si dia gara2 mudah percaya dengan kata2 hasutan kawan... Rambut sama hitam tapi hati lain2 yerrr... Bukan kita x boleh percayakan orang di sekeliling kita tapi sebaik2nya siasat dahulu kebenaran cerita yang disampaikan & minta penjelasan dari si dia... Jangan terburu-buru & mudah percaya sesuatu dengan mudah selagi belum lihat dengan mata dan dengar penjelasan dari si dia... Tanamkan pemikiran positif antara satu sama lain... Jangan biarkan parasit2 tersebut mengganggu keharmonian kita... ^.^(Y)




  • AIR MATA
Air mata dan perempuan dua perkara yang memang x dapat dipisahkan,kerana ia melambangkan perasaannya... apabila menangis itulah perasaan yang ikhlas saat itu (ne pendapat aku larr,, sebab aku ne kuat cengeng...) seorang perempuan tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal... air mata berguguran seiring dengan perasaannya... air mata tersebut juga bermaksud keikhlasan, kejujuran, kesedihan, kegembiraan, kepasrahan, ketakutan, kecurangan, pendustaan, kepercayaan, kesetiaan, kekuatan dan kesucian... Bab ne aku jujur mengaku sebab hampir setiap malam aku akan menangis sebab perasaan rindu yang begitu kuat sekali... Tapi selepas nangis aku akan merasa lebih lega dan menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi cabaran yang mendatang...fuhhhhh~




  • TAK INGIN MENGERTI
Kadang2 aku x ingin mengerti ngan situasi yang masing2 kami lalui... kadang2 aku terfikir mengapa aku berjumpa & berkenalan ngan si dia... mengapa mesti dia??! kalau lar kami x berjumpa mesti aku x akan melalui PJJ ne lagi... haaa,,nampak x permainan fikiran aku kat situ?? Mula lar aku fikir yang bukan2 kan?!!! Sometimes tue aku pun terfikir yang bukan2 pasal dia kalau dia dah lama x contact aku... Kalau ya pun sibuk ngan kerja janganlah korang langsung sampai xda masa untuk orang yang tersayang biarpun sekejap... Korang xtahu macam mana penat menunggu tue... Pernah hampir sebulan kami xcontact secara tiba2, waktu tue dia nak pegi kursus dekat Pularis... Aku terus terfikir mungkin dia dah x ingat kat aku & ada someone else kat sana dah thats way tiba2 jadi macam ne... tapi aku pujuk diri sendiri maybe dia busy nak uruskan dokumen or something untuk kursus dia... ternyata memang betul dia busy...





  • PENGARUH DUNIA DI HUJUNG JARI

Tipu lar kan kalau aku x pernah perang ngan dia sebabkan application yang berlambak tinggal kita download masuk kat hp jerr... seperti whatsapp, wechat and facebook... kadang2 kami akan gaduh pasal benda ne oke! aku selalu mengamuk kalau aku chat dia langsung xda masa or ambil masa yang lama tuk reply aku tapi ada masa chat and comment2 ngan orang lain pula... aku xsuka tunggu lama2 weiii,, ke dia ingat aku ne xwujud masa tue?!! ergghhhhh~  kalau aku da merajuk baru padan muka dia... im not Queen Control yerr,, aku xkisah pun kalau dia nak berkenalan ngan orang lain,, saya sporrtinggggg mahhh... xmain larr kes makan hati ulam jantung ne... ingat tue makan berkhasiat kerr?? yang penting dia jujur... so, jangan terlalu leka ngan keseronokkan yang ada haruslah berwaspada dan ingat setiap benda ada hadnya jadi xmenimbulkan kes perang dan merajuk...


Apa2 pun kita harus berfikiran rasional & percaya dengan si dia... sikap saling mempercayai amat penting dalam berpasangan dan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan... Tanamkan kepercayaan dalam diri bahawa si dia akan setia dan masih menyayangi korang
walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer... Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhab jika masing2 komited dengan pasangan masing2 dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan,, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab...



*Oke larr sampai sini dulu entry tentang dugaan dan cabaran LDR, banyak lagi sebenarnya tapi x larat da nak taip panjang2 (T.T) nanti kita sambung entry yang seterusnya tentang cara menghadapi dan kebaikan LDR ya,, kalau aku da sembuh sepenuhnya...

Love,




25 comments:

  1. aihh..sakitnye long distance relation.. sy break sbb long distance.. ianya menyakitkan.. sampai saya terlupa untuk bercinta semula..

    jom support blogger baru

    http://icecreamnewchapter.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa,,ya ke?? sian aisyah... xpa semoga lepas ne jumpa jodoh yg lbh baik... amin... :)

      Delete
  2. the best entry akak,, syaz pon PJJ jugak... hihiihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. giveme5... hahahaa... wish u all da best syaz :)

      Delete
  3. Replies
    1. dia kat kajang nabila tapi skg kat sarawak sambung OJT... :)

      Delete
    2. ouh . semoga kekal sampai bila2 ye . goodluck ! sy pon pjj gak . hehe

      Delete
  4. samala :) nana pun macamtu gak, 7 tahun dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti nana lbh byk pengalaman kn?? :)

      Delete
  5. sangat memerlukan kekuatan dan kecekalan hati namun yg terbaik semua dariNya jua..semoga bejaya ke mahligai bahagia..was here

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks 4 da wishes... love it... InsyaAllah dengan izinNya... hihihi

      Delete
  6. be strong akak ! stiap prkara ada ujian.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. hanya 1 perkataan sy pegang berkenaan long distance relation nih iaitu ''kepercayaan''. kalau kita mempercayai pasangan kta, dia juga akan mempercayai kita, jika tidak,,anggaplah dia bukan jodoh kita. hu3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepercayaan yang tidak disalah gunakan... hihihiii

      Delete
    2. kalau kepercayaan tu disalahgunakan itu bermakna dia telah menghilangkan kepercayaan terhadap dia...hihihi...

      Delete
  9. saya lah salah sorgnya tu.. huhu
    sorg di sarawak, sorg lagi di selangor. huhu. Biarpun naik flight 2 jam lebih je. tapi kalau jalan kaki, gerenti tak sampai2. haha!

    yg penting masing2 kena percaya. Percaya itu adalah penawar, dan itu jugak lah racunnya.. :)

    p/s : get well soon dear.. jgn lupa makan ubat tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh,,aisyah! sma larr... saya kat sabah dia pula kat selangor... tapi sekarang dia ada OJT kat sarawak... heheheee... dah sihat pun... :P oyaa,,yg penting jgn salah gunakan kepercayaan yg diberikan... betul x??

      Delete
  10. Replies
    1. xpaa,, PJJ atau x tetap ada dugaan dia yg t'sendirikan?? hihiii

      Delete
  11. sakit tu memang sakit. tapi kalau dia jodoh kita. sakit pun jd indah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyaaa betul tue df... hihiiii... sakit 2 dugaan & ujian dr yang Maha Esa :)

      Delete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥