Please Click My Adv... ThankYou!

Please Click. TQ!

Friday, February 28, 2014

Kenapa Suami Ceraikan Isteri Yang Cantik


Sekadar perkongsian untuk para isteri dan yang bakal bergelar isteri...
Coffee&Pasta dari FACEBOOK yer...

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, terbaru Ungku Emran bercerai dengan Erra Fazira yang memang cantik, bekas ratu lagi... Soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,Bila makan tidak meneman,Apa guna isteri romantikJika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal [truncated by WhatsApp]

6 comments:

  1. entri yang sangattt bagus. bagus untuk saya~
    terima kasih bnyak2 lebih2 lagi bab temankan suami makan tu.
    Hehe.

    ReplyDelete
  2. mak dara ada baca juga artikel ni semalam.. tp kalau nak salahkan satu pihak saja atas penceraian rasanya tak patut la kot.. perkahwinan adalah terbina dari suami dan isteri.. rasanya kedua2 harus bertanggungjawab atas kebahagian atau kemusnahan rumahtangga mereka.. itu pendapat mak dara le hehe

    ReplyDelete
  3. singgah jap ye . Comel je header tu

    ReplyDelete
  4. Nice sharing dear.Sbnarnya kecantikkan tu xmembawa apa2 pon.Klu cantik tp xpandai tackle suami pon membosankan je :) Tapi ada jugak lelaki yg kisahkan pasal kecantikkan.At last diri merana sendiri heheh

    ReplyDelete
  5. rupa paras takan bawak kemane kan miss boo?

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus ... :)
    Apapun suami isteri perlu bertolak ansur dan bawa berbincang semua perkara baik-baik :)

    ReplyDelete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥