Saturday, March 8, 2014

Why arrr??!



Jujur MB katakan... Mengapa budak2 zaman sekarang susah menerima teguran oleh orang yang lebih tua daripada mereka? Bukan semua dimaksudkan tapi majoriti macam ne... Adakah mereka fahami dan mengerti bahawa mereka ditegur untuk membaiki kesilapan mereka dan sebab sayang??? Mereka ditegur demi kebaikan pun...

Tapi mereka pula salah anggap dengan teguran tersebut malah memusuhi orang yang memberikan teguran dan nasihat itu... Hurrrmmmm... Semakin hari semakin susah hendak dikawal... Hanya mengikut darah muda dan panas mereka... Bertindak tanpa berfikir sebab dan akibatnya di kemudian hari... Rasanya tiada orang tua yang ingin melihat anak2 mereka sesat di jalan tanpa ada bimbingan... Apakan lagi jika mereka masih menjadi tanggungjawab ibubapa dan penjaga...

Atleast dengar dulu nasihat yang diberikan dan fikir,, bukannya melenting tak tentu pasal sehingga sanggup membuat sesuatu yang boleh mengecewakan dan menimbulkan rasa sedih di hati orang tua atau dalam erti kata lain menyinggung perasaan... Ingatlah setitis airmata ibu yang mengalir akan dibalas di akhirat nanti... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu... lagipun apa salahnya jika mendengar nasihat yang di berikan?? InsyaAllah nasihat tersebut akan membawa kebaikkan kepada kita...

Sepatutnya kita bersyukur sebab kita masih punyai ibubapa dan orang yang mengambil berat serta memberikan perhatian dengan kita... Salah satunya dengan memberikan kata2 nasihat... Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk mendapatkan perhatian parents... Tapi kita yang mempunyai ibubapa yang sangat sayangkan kita,sanggup mengabaikan dan tidak memperdulikannya...

Malam ne first time updated entry and blogwalking using ipad... Best juga larr... So,,kalau banyak typo maafkan saya yerrr... Hehehee... Good Night...

10 comments:

  1. budak-budak sekarang memang kebanyakkan mcm tuhh kan :(

    ReplyDelete
  2. budak-budak sekarang ni pantang ditegur, cepat je mereka melenting..

    ReplyDelete
  3. maybe kena tegur secara elok dulu kalau tak boleh jugak maybe memang umur remaja ialah fasa memberontak. ketika besar dan matang nanti beru sedar segala teguran tu sebenarnya untuk kebaikan dia sendiri jugak.

    ReplyDelete
  4. 2 lha pasal. ramai yg mudah sentap kan. kalau tegur kang kata nak bash dia lha. blerghh
    gud nitee :)

    ReplyDelete
  5. Betul tu.Budak skng mmg xleh terima teguran.Dulu tasha pon mcm gitu tp bila fikir2 blk ada baiknya teguran.Bleh perbaiki diri sndi :)

    ReplyDelete
  6. mereka sukar dilentur...tapi InsyaAllah kalau usaha masih boleh diperbaiki sikap mereka tu

    ReplyDelete
  7. entahlah nape jadi camni.... kita tegur untuk kebaikan...

    ReplyDelete
  8. anak muda zaman sekarang....tapi tak semua macam tu... =)

    ReplyDelete
  9. darah muda tu... kengkadang zati pun mcm tu... tp lama2 kita mesti boleh terima balik kalau ada org tegur..kalau kita dah salah..mesti la kne terima teguran

    ReplyDelete
  10. betul :) ramai degil gila sekarang. Rasa nak lempang je hahahaha.

    ReplyDelete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥