Wednesday, April 9, 2014

Bila Nak Kahwin

Soalan "bila nak kahwin?" atau sama maksud dengannya menjadi satu soalan yang sangat menyedihkan buat MB. Siapa yang tak mahu kahwin dan mempunyai family sendirikan? Lebih-lebih lagi bila buka facebook dan instagram, ternampak gambar kawan sebaya, cousin or yang muda dari MB telah berkahwin dan mendapat baby comel. Siapa yang tak nak rasa bahagia dalam hidup? Siapa yang nak hidup sorang-sorang masa tua nanti. Kalau kahwin tue perkara yang senang macam minum air milo jer memang awal-awal lagi dah MB bawa sesiapa tuk nikah. 

ko bila lg mau kahwin?hahaha

Bagi MB soalan ne tidak patut ditanya dan tidak layak dijawab oleh sesiapa. Sebelum bertanya soalan macam ne fikirkan dahulu perasaan MB and kengkawan yang seangkatan yang belum sampai masanya lagi untuk sesuatu tanggungjawab yang lebih berat. Jodoh itu rahsia Allah yerr... Walaupun seseorang itu sudah mempunyai calon dan tarikh perkahwinan, jika perancangan kita berjalan seiring dengan perancangan Allah maka terjadilah sebuah perkahwinan itu tetapi jika sebaliknya, Allah sudah aturkan sesuatu yang terbaik buat kita. Bersangka baiklah dengan Allah.

bukannya neda jodoh.. tapi nda mencari.. jual mahal n terlalu memilih.huhuhuh,,memang la neda.

Bukannya jual mahal or memilih pasangan hidup. Tapi sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik. Kita sebagai hambanya hanya mampu merancang dan berserah kepada-Nya. Eyaa, kekadang kita perlu "jual mahal" supaya orang lain tidak menganggap kita sebagai murahan yang senang didampingi oleh sesiapa sahaja. Begitu juga dalam hal memilih pasangan hidup. Tau tak orang yang bakal dikahwini itulah yang akan melalui susah senang, mendidik anak-anak dan hari-hari mendatang bersama kita selama-lamanya. Bukan hal yang mudah ok?

InsyaAllah, sooner or later MB akan melaluinya kelak. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau bukan di dunia, InsyaAllah di akhirat sana. Allah dah susun baik-baik soal jodoh, ajal dan rezeki, dan ianya rahsia Allah tak perlu tergesa-gesa. Allah tahu kemampuan seseorang sama ada sudah bersedia atau belum. MB dah berusaha dalam hal ne. So, MB serahkan urusan soal jodoh ne kepada Allah. Usahlah ditanya lagi soal bila nak kahwin dan bila nak itu dan ini. 

Kepada yang bertanya dan ambil berat dengan keadaan MB yang masih membujang. Terima kasih. Serius terharu juga biarpun dalam masa yang sama menyedihkan. hahaha... Pada masa kita disenyawakan, telah tertulis untuk kita jodoh, ajal dan maut. Tertulis dengan siapa dan bila kita kahwin. Sebab tu, kadang-kadang apa yang kita inginkan tapi tak dapat. Maknanya bukan rezeki, jodoh ataupun hak kita. Kadang-kadang apa yang kita elak, itulah yang ditentukan buat kita. Kadang kita rancang nak kahwin umur blabblabla tapi Allah terlebih dahulu tentukan bila kita kahwin.

Prof Muhaya pernah berpesan, kadang-kadang kita merasakan persoalan kita tentang bila nak kahwin dan bila nak ada anak ni seperti ambil berat, sedangkan soalan itu hanya membuatkan orang yang di tanya itu terguris hatinya, mungkin dia sedang sabar dan tabah menghadapi ujian-Nya. Kalau boleh elakkanlah bertanya soalan sebegini. Doakan sahaja yang baik-baik. InsyaAllah Allah akan perkenankan.

Manusia tak pernah habis dari persoalan...

Bila tengah belajar, ditanya bila nak habis...
Bila dah habis belajar, ditanya bila nak dapat kerja...
Bila dah dapat kerja, ditanya bila nak kahwin...
Bila dah kahwin, ditanya bila nak ada anak...
Bila dah ada anak seorang,ditanya bila nak tambah anak lagi...

Bilakah persoalan ini akan berakhir?

To: MR.SEPET kalau terbaca entry ne cepat-cepat masuk meminang tau! AHAHAHA... ok gurau jerr... 



18 comments:

  1. Assalamualaikum . :) dulu sebelum nikah memang ramai jugaklah yang tanya soklan soklan cemni . . huhu . . kita selamba jawab "in shaa Allah tak lama lagi"
    walaupun dalam hati ishh sabar jelah . . :3 bila orang asyik tanya and kita jawab mcm tu . . tak sangka pulak memang tak lama lepas tu ada yang meminang . . :D

    ReplyDelete
  2. Manusia memang tak lari daripada tanya soalan.. tapi kadang-kala kita tidak terfikir akan perasaan orang lain..

    ReplyDelete
  3. biasa la tipikal mlaysian :)

    ehem ehem mohon cpt2 kawin haha
    nnti ajak nina :p

    ReplyDelete
  4. Syahdu bila baca. Hurm. Betul lah tu apa yg diperkatakan. Soalan itu biasa. Biasalah manusia kan. Yang penting sabar. In shaa Allah, manis penghujungnya. :)
    Jdoh Allah dah tentukan dah, cumanya antara lambat dan cepat saja. Beliv in Him.

    ReplyDelete
  5. Salam my dear. Abaikan soalan2 macam tu. Kita memang xboleh nak tutup mulut orang, dan fitrah manusia memang x pernah puas. Belum kawen, tanya soklan 'Bila nak kawen?', dah kawen, soklan 'Bila nak ada anak?', dah ada anak 'Bila nak tambah lagi?'....and so on... Soklan2 ni xkan habis... Kalau dorang tanya lagi, cakap kat dia 'Tanya Allah, hanya Allah yg tahu'...

    So, just ignore...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum MB, in shaa Allah. akan sampai waktu kamu akan bernikah dan bertemu pasangan yang baik. jangan makan hati dengan soalan2 ini. sepanjang sheila nikah, soalan paling kerap orang tanya pasal bila nak dapat baby. Allahuakbar, terasa nak nangis. rasa lemah tak terdaya nak jawab. Berkat sabar dan usaha, alhamdullilah. Allah kurniakan jua zuriat setelah 1 tahun 3 bulan menunggu.

    Yang penting, percaya dengan Qada & Qadar. sabar dan terus berusaha.. in shaa Allah, pasti ada hasilnya. singgah menabung michelin sini~~~

    ReplyDelete
  7. miss boo.hee takpaa anggap sebagai satu cabaran .alah kalau dah jodoh tak kemana .btw happy blogwalking thank singahh hee :)

    ReplyDelete
  8. betul tu..ramai yg tnye cmtu jgk dekat saya smpaikan dah tak tahu nak jwap ape dah..jodoh pertemuan di tangan tuhan tu je yg mampu saya jawap..hehe btw nak tuntut hadiah topup rm10 dari Anne Nurain's Giveaway!http://nuyushahidarahim.blogspot.com/ https://www.facebook.com/shahida.rahim.18

    ReplyDelete
  9. Sabar k miss boo.Jgn dilayan sgt soalan2 merka2 tu.bila sampi jodoh ada la tu

    ReplyDelete
  10. sabo jelah. kalau ada jodoh, ada lah. but when my mom told me "Kalau jodoh tak kemana. takkan lari gunung dikejar" and i was like "memang lah, gunung tak lari bila dekejar. tapi kalau gunung tu ditarah acano?" hihi

    ReplyDelete
  11. bila nak kawin? hehe. nanti dah kawin mesti orang tanya bila nak dapat anak pulak. very typical :)

    ReplyDelete
  12. Soalan-soalan cepu cemas ini yang kadang-kadang buat kita lemas kan... :)

    ReplyDelete
  13. JIKA ANDA BUTU NOMOR TOGEL SGP/HK DIJAMIN 100% TEMBUS TLPN AKI NUGROHO DI 082319208865 TERIMAKASI




    JIKA ANDA BUTU NOMOR TOGEL SGP/HK DIJAMIN 100% TEMBUS TLPN AKI NUGROHO DI 082319208865 TERIMAKASI





    JIKA ANDA BUTU NOMOR TOGEL SGP/HK DIJAMIN 100% TEMBUS TLPN AKI NUGROHO DI 082319208865 TERIMAKASI....

    ReplyDelete
  14. JIKA ANDA BUTU NOMOR TOGEL SGP/HK DIJAMIN 100% TEMBUS TLPN AKI NUGROHO DI 082319208865 TERIMAKASI

    ReplyDelete
  15. JIKA ANDA BUTU NOMOR TOGEL TLPN AKI NUGROHO DI 082319208865

    ReplyDelete
  16. dear..i dah 26.. xtefikir nak kahwin lagi.. yes i am in a relationship and i don't see the need to rush the wedding. hehe. which part of sabah are u from?

    ReplyDelete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥