Please Click My Adv... ThankYou!

Please Click. TQ!

Thursday, April 3, 2014

Luahan Hati Dongkor



 sorry to say lar... aku tak tau lar gayo pernah cerita kat kau (bebeh) ke tak benda ne... dulu first time ternampak kau dengan gojes, kalau kau ingat sape yang mula nak tackle kau? tapi tiba-tiba gayo cakap dia minat kau, terus aku batalkan niat aku. aku sayang gayo sebagai kawan memang kuat sebab tue aku tak sanggup nak bagi dia sakit hati time tue... aku dah lama nak bagitau tapi aku ne malu... aku tak pandai tackle perempuan, dulu aku ngan gojes pun sebab dia yang tegur aku dulu, baru aku berani bagi nombor phone... kalau tak sampai ke sudah la aku takkan kenal dan berkawan korang, terutamanya kau... tapi jujur aku meluah malam ne, memang aku suka kau dari mula-mula aku nampak kau... sorry! - dongkor 
setelah mengetahui luahan hati dongkor, bebeh terasa bersalah dan sangat kesiankan dongkor yang selalu menjadi orang tengah antara bebeh dengan gayo. bagaimana lar perasaannya ketika itu agaknya arr. hanya Allah yang tahu segala yang terjadi di langit dan bumi. maafkan apa yang telah terjadi, jika bebeh tau perasaan dongkor ketika itu mesti dia tidak akan buat something yang melibatkan kau. mungkin saja bebeh akan mencari alternative yang lain. sejak mula kenal lagi bebeh sudah menganggap dongkor sebagai abang sendiri, terima kasih ya Allah sebab mengurniakan bebeh seorang abang yang baik hatinya. biarpun pada mulanya, terasa sesuatu yang lain saat dongkor meluahkan apa yang dia rasa. bebeh still think positive dan tidak menjauhkan diri sebagai langkah penyelesaian.

berdasarkan luahan hati dongkor di atas aku dapat simpulkan beberapa perkara :

1st - aku tak sangka masih wujud orang macam ne.  yang sanggup berkorban dan ketepikan perasaan sendiri demi sahabat. meletakkan hubungan persahabatan melebih segalanya. tak sanggup lihat mereka terluka.

2nd- aku hampir tak percaya tentang kewujudan lelaki yang pemalu. hihihi... limited di mata dan telinga saya. seriously, pemalu yang amat sehingga nak say hye pun susah!

3rd - tiada yang mustahil di dunia ini. sesungguhnya mitos cinta pandang pertama itu memang wujud tetapi hanya segelintir yang dapat mengalami dan merasainya bagaimana perasaan indah itu yang dikurniakan oleh Allah S.W.T..

4th - ya, memang ada sesetengah orang akan berasa lebih baik selepas dia meluahkan apa yang dia pendamkan selama ini, lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. golongan ini tidak mengharapkan apa-apa kerana mereka tahu kedudukan dan situasi mereka.

5th -  kadang-kadang tidak semua benda boleh dikongsikan bersama orang lain biarpun orang itu adalah kawan baik kita. bukan bermaksud tidak percaya.

6th - jodoh, rezeki, ajal dan maut kita sudah di tentukan sebelum kita lahir ke dunia ini lagi. semua ini adalah rahsia Allah. Alhamdulillah, dongkor telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya beauty selepas dua bulan berkenalan dan kini telah di anugerahkan cahaya mata hati, nur qasrina eryna, yang selamat dilahirkan pada 12.12.13.

7th - memang benar kata orang hubungan persahabatan akan kekal selamanya biarpun sudah berkahwin. semoga ukhwah yang terbina ini akan berterusan. InsyaAllah.


p/s : story di atas mungkin ada kaitan dengan aku mungkin juga takda. :) semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. bersangka baik dengan perancangan Allah... ketentuan Allah S.W.T. kadang-kadang adalah misteri.

Love,
baybeezura

19 comments:

  1. ooo..ingtkn cerita akak..saspen betullah..hihi..tp mmg btul,kalau kita luahkn ap yg trpndam kpd seseorg mmg akn hilg sgala beban yg ditanggung slama ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee... sebenarnya akak pun ada kaitan dlm ceta ne... hihiiii... kn? pastu rasa lega slps meluahkn...

      Delete
  2. Assalamualaikum awak. semua yang terjadi ada hikmahnya. kuatkan semangat ya, singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak. :) InsyaAllah... terima kasih ya...

      Delete
  3. aisyah ada kawan sorang mcm ni.. kawan A dah tahu kawan B suka kat mamat C.. then yang A tetap teruskan hbgn ngn mamat C.. kawan B sedeh sangat sebab dia ingat kawan A tu tak sukakan Mamat C jgk. hurm hurmm.. susah nk cari org yg snggup korbankan perasaan demi org lain -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tue... jarang dpt jumpa spesis mcm ne kn? tabik lar kat dorg snggp bkorban... -_-

      Delete
  4. waalaikumsalam,,,,persahabatan memang selalu kan abadi...namun persahabatan juga bisa menjadi cinta........ keep happy blogging always...salam dari Makassar, Indonesia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq :) mmg semua relationship indah jika dijaga dgn baik... :)

      Delete
  5. memang org yang macam tu fikir dia sanggup, dia bleh terima..tp dia hanya menipu diri sendiri..kawan akak ada 1 mcm tu...dia ingat dia bleh cr ganti org yg dia sayang sgt tu,tp....sampai sekarang dia masih bersedih...sbb itulah cinta dia...walaupun dia dah ada org lain, cinta dia masih pd kawan lama dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org mcm ne sukar nak lupakan kisah lalu dia kn kak...

      Delete
  6. ive met this type of person sanggup korbankan perasaan dia. aghhh. pathetic sungguh TT___TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. respect ngn org mcm ne yg snggp ketepikan perasaan dia utk kawan sndiri... T_T

      Delete
  7. Hmm.. :/ Tapi ni memang first time dengar pasal lelaki yang pemalu xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... jrg dgr llaki pemalu kn? hahahaa

      Delete
    2. Manusia ni banyak jenis.. ada yang pelik-pelik xD

      Delete
  8. hermm penah jugak la rasa camni.haha cinta monyet ja
    tk kisah ahh jodoh pasti bertemu. ecece

    ReplyDelete
    Replies
    1. ececehhh... lagu afgan tue... hahahaa

      Delete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥