Friday, May 9, 2014

Maafkan Aku



Tiada satu pun yang terlahir sempurna di dunia ini... Kalau kamu merasakan hidup kamu sudah sempurna, jangan pernah menuntut kesempurnaan daripada orang lain pula... Kerana kamu tidak mengetahui kisah hidupnya...

Sekali lagi air mata ini tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya...

Aku seorang wanita yang lemah apabila diuji dengan sehebat-hebat ujian. Ujian sebagai seorang wanita, seorang anak, seorang kakak, seorang sahabat dan seorang kekasih. Aku harus sentiasa kuat dan tabah untuk mengharungi segalanya sementara nyawa masih berada di dalam diri ini. Dugaan sentiasa ada, tidak kira tempat dan masa. Oleh itu, persiapan diri dari segi fizikal dan mental amat penting bagi diri ini. Terlalu banyak dugaan telah dihadapi sejak dilahirkan di atas muka bumi ini. Allah S.W.T akan sentiasa menduga hambaNya untuk melihat ketaqwaan hambaNya dalam menangani dugaan tersebut.

Optimis dengan ujian, itu hadiah Allah. Aku bersyukur dan beruntung kerana dari jutaan hambaNya, aku yang terpilih untuk menjalani ujian itu. Semasa menerima ujian daripadaNya, aku rasa akulah yang mempunyai ujian yang maha hebat dan maha besar lagi membebankan diri. Tapi aku berfikir semula ada lagi orang lain yang lebih besar dan teruk dugaannya. Jadi aku tidak layak untuk mengeluh apatah lagi hendak merungut.

Jalan takdir Allah tak pernah salah, aku amat yakin dan bersangka baik dengan aturanNya ini, yakin bahawa segalanya mempunyai hikmah yang baik yang sedang menanti diriku. Aku mengaku, aku menangis dan bersedih kerana aku rasakan aku tidak mampu untuk memikul dugaan dan ujian yang telah diberikan. Aku menangis bukan bermaksud aku tidak redha dengan apa yang telah Allah aturkan untukku. I believed takdir Allah is something that you can't expected. Ya, aku percaya miracle things may come to me soon. I just need to be patient.

Aku minta maaf kepada semua, jika selama perkenalan kita aku banyak membuat kesalahan dan kesilapan secara sengaja mahupun secara tidak sengaja. Aku menyesal dengan kisah laluku, yang banyak melalaikan aku dan membuatkan aku alpa. Maafkan jika kehadiranku selama ini banyak mengganggu kehidupan kamu selama ini. Maafkan jika rupa dan anugerah lain yang Allah bagi pinjam kepadaku, aku salah gunakan. Aku sedar kerana nikmat pinjaman daripada Allah ini banyak melukakan hati insan di sekeliling yang pernah mengenaliku. Aku pun ingin berubah menjadi seorang muslimah yang baik, bukannya seperti dulu yang menjadi rebutan dan melukakan hati banyak pihak.

Tapi terkadang aku jatuh sehingga susah hendak bangkit semula, untuk mendapatkan benda yang susah yang aku impikan.Tapi aku tetap tersenyum dan bangkit semula dan aku sentiasa ingat Allah ada bersama diriku setiap masa untuk menemani aku walau apa pun yang terjadi. Allah akan mengubat luka di hatiku secara perlahan-lahan dan memberikan apa yang aku pinta. Dan aku amat gembira dan bahagia bila mendapatkan benda yang aku impikan. Even people always said, benda yang payah kita perolehi itulah yang akan benar-benar kita hargai. Hal ini sangat pasti.

Aku amat yakin bila aku redha dengan ketentuan yang Allah takdirkan untukku, maka Allah akan permudahkan segala urusanku. Bagiku inilah hadiah Allah buat hambaNya yang sentiasa tabah. Suatu masa nanti aku akan faham mengapa perkara sedemikian berlaku kepadaku, kerana ada perkara yang memang dah tertulis di Luh Mahfuz akan terjadi mengikut perancanganNya. Bukannya mudah sebenarnya tapi inilah tanda kasih sayang Allah kepada kita.





Sesungguhnya aku menangis lagi pada malam ini, sepertinya tangisanku pada malam sebelumnya belum mencukupi buat diriku. Aku menangis sebab aku tidak tahan untuk pendamkan segalanya. Ya, memang aku sayangkan dirimu babe. Memang betul apa yang kau cakapkan mengenai diriku. Aku bukannya seorang yang banyak "cakap", aku akui aku memang susah hendak berkomunikasi dengan sesiapa. Tapi keputusan yang kau buat yang lebih menyedihkan aku dan tuduhan tuk benda yang aku tidak sangka kau ingin aku tanggung. Lebih menyayatkan hati kau sendiri yang menyuruh aku tuk melupakan dan membenci dirimu. Tapi atas sebab apa untuk aku berbuat demikian? Sungguh aku tidak berdaya untuk menghadapinya Ya Allah, namun jika itu yang telah kau tetapkan akan aku harungi jua lautan api tersebut sehingga menemui lautan jernih yang harum mewangi. Doakan aku babe supaya dapat mengharunginya. Aku amat hargai doa dari dirimu. *Kau tahu aku maksudkan kau. 



8 comments:

  1. kak boo . kuatkan dirimu kak boo :') yaya taw hati tu perit bilaa kita terlalu banyak pendam di dalam hati :') akak ,, nanges laa sepuasnya kalau nages tu dpt melegakan hati akak :') Allah sentiasa ada untuk kita :') jngan putus berdoa :') stay strong dear :*

    ReplyDelete
  2. Hai kak Boo... Ana follow! ^^

    ReplyDelete
  3. kak zuraaaaaaaa. i know u strong enough kak. as long as wujudnya blogger family, no worries. kitorang sentiasa ada dengan akak. love the way u are kak. nak tumpang bahu kita pun boleh kak :')

    ReplyDelete
  4. kalau saya berblog dalam bahasa malaysia, saya selalu guna aku.

    dear, i hope everything will be fine and get well soon. don't be sad... have some fun. let go of your feelings.

    ReplyDelete
  5. no body perfect dear =') be strong.. Allah swt dan family love u..

    ReplyDelete
  6. jgn sedih2 tau.. kuatkan semangat

    ReplyDelete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥