Ramai juga yang bertanya apa skincare yang saya guna. Kulit muka saya nampak gebu. Hahh,, gebu ker?? hahahaa... Jadi hari ne saya nak cerita sikit kat hangpa semua. Tapi produk penjagaan kulit yang saya gunakan biasa-biasa jer. Tak mampu saya nak beli dan pakai yang mahal dan berjenama.
|
Sumber : Cik Google |
1) Nivea Aqua Sensation (200ml)
Dulu saya mengalami masalah jerawat yang suka tumbuh merata-rata. So, selepas menggunakan produk ne masalah jerawat dapat di atasi dengan senang sekali. Syukur Alhamdulillah, hati pun banyak senang guna Nivea ne, dari tahun 2011 lagi sehingga lar awal tahun 2014. Botol dia besar dan harga pun berbaloi tak mahal mana pun.
|
Sumber : Cik Google |
2) Giffarine Active Young Facial Foam (60g)
Saya sebagai anak sulung memang akan patuh kepada cakap emak... hehehee... Sebenarnya produk ne mumy yang belikan dan suruh saya mencubanya memandangkan Nivea Aqua Sensation sukar diperolehi di sini. Not bad product Giffarine, harga dia pun murah tak sampai RM10.00 pun, dah lar wangi. Saya guna facial foam ne lebih kurang dua bulan setengah macam tue.
|
Sumber : Cik Google |
3) Safi Balqis White Trilogy
Pencuci muka yang paling latest saya gunakan sekarang. White Trilogy merupakan produk terbaru dari Safi Balqis. Saya dah menggunakannya lebih dua minggu so far takda masalah dan saya sangat suka sebab ianya 2dalam1 dimana ia bertindak sebagai pembersih dan penyegar dalam masa yang sama. Jadi ianya dapat menjimatkan wang dan masa kita. heeee
2011 - No Filter belum ada camera 360