Credit to : Kak Azlita Aziz
Apa macam? Nice sangatkan biskut ini. hehehe... Yummy~ Sempat jugalah ayaq liuq missB meleleh tengok gambar biskut yang comel molek ne. Yang ne namanya biskut Oreo Black Beauty. Hitam itu menawan ok?
Sebenarnya missB pun tak tahu kewujudan biskut ne sampailah suatu hari missB ternampak rakan group di facebook post gambar biskut ne. Fuyohh, gigih terus missB mengoogle ya. Akhirnya jumpa juga. Thanks to Kak Ita atas gambar dan resepi ne ya. Mohon korang semua terharu. ngeee. So, sesiapa yang masih tercari-cari biskut raya yang comel dan sedap 2014 ne bolehlah mencuba tau.
Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor
Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder
Hiasan
Putih telur - (kak ita tak letak)
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - (kak ita tak letak)
Caranya:-
Pukul bahan A hingga kembang.
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.
Cara Kak Ita
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.
Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..
So,selama mencuba. :)
P/s: Maaf entry autopublish, ada masa missB datang lawat blog korang ya. Selamat berpuasa. xoxo