Tuesday, July 1, 2014

Entry Khas Untuk Dirimu


Previous Entry : Ke Lahad Datu Ke Kita?

    Apa khabar dengan dirimu Mr. Sepet? Lama kita tidak berhubungkan. Takpa aku faham dengan situasi yang sedang kau alami sekarang ini. Hari ini 01 Julai 2014, bermakna lagi sebulan tuk 01 Ogos 2014. Ingatkah masih dengan tarikh 01 Ogos ini? Ya, tarikh keramat buat kita berdua. Di mana kau menjelaskan tentang hubungan kita yang sebenarnya yang sebelum ini samar dan sukar untuk aku mengerti.Terima kasih kerana memilih aku antara mereka.

   01 Ogos 2014, kita akan genap dua tahun bersama. Banyak yang telah aku lalui dari awal perkenalan denganmu hingga saat ini. Allah sentiasa menguji ketabahan dan kesabaran diriku untuk terus bersamamu. Masih ingat saat awal perkenalan kita? Aku langsung tidak memperdulikan dirimu tapi engkau berjaya menarik perhatianku. Aku masih ingat segala perkenalan kita dari awal hingga saat akhir kita berjumpa.

   Puasa tahun ini aku merasa sedih dan gembira dalam masa yang sama. Mengapa? Sebab Allah memberikan kesempatan dan kegembiraan buatku merasa puasa hari pertama bersama keluarga tercinta selepas tujuh tahun berpuasa tanpa keluarga di sisi tapi mulai hari ini aku di duga sekali lagi berpuasa tanpa mereka dan dirimu. Aku bersedih kerana selepas dua tahun berpuasa dengan dirimu tahun ini kita langsung tak dapat puasa bersama biarpun sahur dan iftar bersama seperti yang pernah kita lakukan pada puasa yang lepas.

   Sepet tahukah banyak benda yang aku nak sitrep kat ang tapi apakan daya, engkau pun sedang berjuang untuk masa hadapanmu. Aku nak sitrep pasal kerinduan yang melanda, perkembangan semasa yang bikin panas, pasal kawan-kawan kau yang buat aku meluat dan yang paling penting aku nak sitrep pasal apa yang berlaku selama kita tak berhubung.

   Mungkin ada hikmahnya juga kita jadi begini sebab yang paling utamanya aku ngan family ang terutamanya parents ang dah semakin rapat. In Sha Allah nanti raya aku balik kampung kau kat Keningau beraya kat sana sebab parents ang jemput aku datang nak jumpa aku. Ang jangan jeles noh sebab ang tak dapat cuti balik rayakan? hehehe. Nanti aku selfie ngan masakan kegemaran kau, upload kat insta and facebook lepas tue aku tag ang ar? Asi kan? :P

   Tapi sebenarnya aku tulis semua ini sebab aku rindu kat ang. Bayangkan dah berapa lama dah kita tak contact? Lain cerita lagi berapa lama kita takda jumpa. hurmmm... Kau betul-betul ajar aku jadi seorang yang kuat dan bersabarkan? Tapi sampai bila? T_T Aku harap nanti kau dah okey seperti sedia kala kita pun akan lebih baik daripada sebelum ini, mungkin boleh upgrade sikit pangkat pergi Enchekk & Cik Tunang, ka terus Mr&Mrs Shafrin? bahahaha... Okey aku rileks dan tunggu kau sampai bila pun kau mahu. Ambik masa kau bro. Takda hal lar ngan aku, apadehal kan?

   Boo-ngokkk nak tahu something tak? Nombor celcom aku dah tak boleh pakai dah, 3 bulan lebih dah aku tak topup and buka nombor celcom tue. See? Berapa lama dah kita tak mesej and call sampai aku tak ingat nak topup. Maaflah. Jadi buat masa ini aku guna nombor celcom kau dulu eh? Lagipun siapa yang nak contact aku kat nombor celcom kecuali kau? hurmmm. Kebenaran yang menyedihkan.

   Sekarang musim bolakan? Aku tahu kau tak pergi tengok pun sebab kau kaki bangku betulkan? Jangan malu-malu mengaku arr Gayo. hehehee... Kalau kau pergi tengok pun sebab kau ikut kawan kau ataupun kau pura-pura berminat ngan football sedangkan aku tahu sukan bola tampar yang kau paling terer. Ehemm, puasa tahun ini aku harap puasa kau full ya Sepet, tak mau lar dengar alasan kau sakit perut. Paling penting jangan jadi macam tahun sebelumnya join sekaki dengan geng plastik hitam dan kau pula jadi mangsa keluar pergi membeli, mentang-mentang muka kau macam orang cina. Dilarang bersubahat. Amaran keras dari aku ne. Tumbuk mata kau sampai lebam baru tau. *Amacam garang tak? :P

   Aku harap suatu hari nanti kau akan nampak dan baca apa yang aku tulis khas untuk kau Shafrin... Tapi aku harap masa tue takda lar kau pergi bahan aku pula dan mengejek aku arr... Tak mau lar macam tue merajuk kang. Nanti aku start merajuk hentak-hentak kaki macam mengayuh basikal, kau pujuk guna sebiji buah mata kucing pun aku tak mau layan dah kecuali satu kebun besar tanaman mata kucing kau bagi baru aku tak merajuk lagi. hahhh, apa macam godoot tak kesayangan kau ne?

   Semoga Allah sentiasa melindungi dirimu di mana saja kau berada. Allah jagakan hati kita berdua dan kita saling mendoakan antara satu sama lain. Aku berdoa semoga Allah akan permudahkan urusan kita berdua dan semuanya berjalan dengan lancar dengan izin dari-Nya. Al-Fatihah untuk dirimu yang jauh daripada diriku. Ingat jaga selalu hatimu saat jauh dariku. Assalamualaikum Shafrin J.

   Love,
Yours Boo.


p/s: Maaflah jika kamu berasa kurang senang dengan entry kali ini. Yang ini aku tulis dan aku tujukan khas buat dia yang jauh dariku yang aku sendiri tidak tahu khabarnya dengan harapan suatu hari nanti dia akan membacanya. Tidak tahu khabarnya dan tidak berhubung bukan bermaksud kami sudah "over" tapi ada sesuatu yang hanya segelintir orang yang mengetahuinya. Doakan yang baik-baik sudah. :)

5 comments:

  1. kakak syg . sedih baca kisah akak dgn sepet :') be strong kak , kerinduan akak terbalas juga nanti :)

    ReplyDelete
  2. Ana doakan moga k.boo ngan abam sepet cepat2 jadik Mr&Mrs. Hehe. Miss k.boo lah! Sabar tau k.boo. Insya-Allah. Tiap sesuatu yang berlaku tu ade hikmahnye. :)

    ReplyDelete
  3. aww, so sweet! semoga berkekalan miss boo :3

    ReplyDelete
  4. Sabar ya.. Luahan hati sungguh ni.. 2tahun tu baru permulaan.. Akk 8thn baru kawin.. Tp sbb kitorng jrang jmpa, jd wlpn 8thn bru bersama, ttap rasa mcm baru je kenal.. :)

    ReplyDelete
  5. Bagi Cikna rindu menjadikan kita lebih kuat.... nak jadi 'chenta hati' tentera hati kena kuat xmo cenggeng2x... semoga berbahagia hendaknya....;-)

    ReplyDelete

Done Reading? Leave a short letter for me... I'm appreciate it... :)

FOLLOW+ DASHBOARD♥