Sunday, December 21, 2014

Maaf




First, Im so sorry to all. Lama dah tak update blog. Ya, MissB pun rindu ngan belog, warga belog and nak blogwalking. I know banyak dah event yang missB tertinggalkan?

Bukan malas nak update tapi kekangan masa dan line kat sini tak sporting. TT_TT

Ermm, I already read all your message and yaaa I miss you'all too.

Sejak bekerja di Lahad Datu ne, I've learned a lot and something new. Actually i learned the meaning of live by myself. Its quite exciting and a lil bit stress too.

So, till we meet again.

Sorry takda picture. hehehee. Yang mana sempat nanti missB blogwalking tau. Rinduuuu~


Wednesday, July 02, 2014

Biskut Oreo Black Beauty

(AutoPublish)
Credit to : Kak Azlita Aziz


Apa macam? Nice sangatkan biskut ini. hehehe... Yummy~ Sempat jugalah ayaq liuq missB meleleh tengok gambar biskut yang comel molek ne. Yang ne namanya biskut Oreo Black Beauty. Hitam itu menawan ok? 

Sebenarnya missB pun tak tahu kewujudan biskut ne sampailah suatu hari missB ternampak rakan group di facebook post gambar biskut ne. Fuyohh, gigih terus missB mengoogle ya. Akhirnya jumpa juga. Thanks to Kak Ita atas gambar dan resepi ne ya. Mohon korang semua terharu. ngeee. So, sesiapa yang masih tercari-cari biskut raya yang comel dan sedap 2014 ne bolehlah mencuba tau.



Biskut Oreo Black Beauty

Bahan A

280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - (kak ita tak letak)
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - (kak ita tak letak)



Caranya:-

Pukul bahan A hingga kembang.
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara Kak Ita 
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..

So,selama mencuba. :)




P/s: Maaf entry autopublish, ada masa missB datang lawat blog korang ya. Selamat berpuasa. xoxo

Wednesday, June 25, 2014

WW : Menantu Terbaik



Seakan menjadi trend dah sekarang ne kan pasal Menantu Terbaik...
Maaflah MissB pun tak nak ketinggalan dengan trend ne... Menantu Terbaik adalah Orang Sabah. Hahaha. 
Actually, negeri mana pun dan apa pun pekerjaan dia yang penting menantu dan bakal menantu tue baik dan hormat ngan suami/isteri dan keluarga dia sekali. Kan kahwin ne bukan setakat berkahwin dengan pasangan masing2 juga kahwin dengan keluarga dia.

P/s: Jadi anak menantu yang baik sudah jangan jadi anak hantu pula. Hekhekhek

Tuesday, June 24, 2014

Roh Yang Kembali di Bulan Ramadhan

 (Schedule Post)

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN.

APABILA TIBA BULAN RAMADHAN, SEMUA ROH BERKUMPUL DI LUH MAHFUZ MEMOHON KEPADA ALLAH S.W.T UNTUK KEMBALI KE BUMI. ADA ROH YANG DIBENARKAN PULANG KE BUMI DAN ADA YANG TIDAK DIBENARKAN.
ROH YANG DIBENARKAN PULANG ADALAH KERANA AMALAN BAIK MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA ATAUPUN ADA PENJAMIN-PENJAMIN YANG MENDOAKAN MEREKA. MANAKALA ROH-ROH YANG TIDAK DIBENARKAN PULANG DISEBABKAN KESALAHAN MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA AKAN TERUS DI PENJARA DI LUH MAHFUZ.

APABILA ROH DIBENARKAN PULANG, PERKARA PERTAMA YANG MEREKA LAKUKAN ADALAH PERGI KE TANAH PERKUBURAN UNTUK MELIHAT JASAD MEREKA. KEMUDIAN MEREKA AKAN PERGI KE RUMAH ANAK2 MEREKA, ORANG YANG MENDAPAT HARTA PUSAKA MEREKA DAN KE RUMAH ORANG YANG MENDOAKAN MEREKA DENGAN HARAPAN ORANG YANG MEREKA LAWATI ITU MEMBERI HADIAH UNTUK BEKALAN MEREKA.
PERKARA INI AKAN BERLARUTAN SEHINGGALA TIBANYA HARI RAYA AIDILFITRI. PADA SAAT INI MEREKA AKAN MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA JASAD DAN PULANG SEMULA KE LUH MAHFUZ DENGAN BEKALAN YANG DIBERIKAN OLEH MEREKA2 YANG MASIH HIDUP.
DI SINI DIBERITAHU HIKMAH ADANYA ALAM KUBUR.
   - ALAM KUBUR MEMBUKTIKAN BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG.
   - ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA HAYATNYA BOLEH DIBANTU DENGAN DOA ORANG2 YANG MASIH HIDUP.
   - ALANGKAH BAHAGIANYA JIKA SESEORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA MASIH MENDAPAT BEKALAN DARI ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP.


OLEH ITU WAHAI SAHABATKU, JANGAN BIARKAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG, YANG MENGHADAP ALLAH TERLEBIH DULU DARIPADA KITA SEPI TANPA DOA DAN SEDEKAH DARIPADA KITA.


SESUNGGUHNYA APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM ITU, TERPUTUS IA SEMUA HAL KECUALI 3 PERKARA IAITU:

   - DOA ANAK2 YANG SOLEH
   - ILMU YANG BERMANFAAT 
   - DAN SEDEKAH AMAL JARIAH.    (C/P)

Oleh itu marilah kita banyakkan berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi dahulu daripada kita. Semoga Ramadhan ini kita dapat perbanyakkan amal kebaikkan kita. In Shaa Allah.





Sunday, June 22, 2014

10 Days Photo Challenge

Dulu selalu iolls ikut segmen and giveaway tapi kali ne mau buat kelainan sikit ngan belog ne. So, iolls ambik keputusan tuk ikut photo challenge. Yup, iolls tau sebenarnya photo challenge ne dah lama tapi jangan silap belum basi lagi ok? Tak salah pun rasanya iolls buat challenge ne atleast takda lar belog i sunyi *krikkrikkrik* kan?

Sunday, June 15, 2014

Belajar Bahasa Dusun

Wahhh, kali ne entry pasal belajar bahasa Dusun yer... Siou lar sebab sa pun bukannya hebat sangat dalam bahasa ne. Saya pun masih belajar sikit-sikit bahasa arwah atuk sebelah mummy saya, usaha sendiri dengan sedikit bantuan kawan.

Arwah atuk saya merupakan tulun dusun liwan (orang dusun liwan) dan seorang mualaf. Dusun Liwan, suku bangsa dusun yang terdapat di daerah Ranau, Tambunan, Keningau, Tamparuli, Tuaran dan Kota Belud.

Ok... Kita belajar dari lirik lagu tapi bukan sepenuhnya. Minta maaf jika ada kesilapan dan harap dapat diberi tunjuk ajar. Oyaa, entry kali ne khas untuk YOYO. Nak cepat and mudah faham bahasa dusun pergi cari boyfriend / girlfriend berbangsa Dusun, gerenti cepat belajar dan faham... "If you are not married, get a Dusun boy/girl. Seriously, just get a friend you can converse with everyday. Learn a word a day". HAHAHA 

Lirik Lagu :
Kosorou Kopo Nangku Doho (Masihkah Kau Ingat Kepadaku) by Jestie Alexius

Langadon oku miampai dika
- Ku rindu kepadamu

Osorou ku sinuau nu oh koupusan
- Ku teringat kemesraanmu oh sayangku

Koginawaan ku dika
- Hatiku hanya untukmu

Batos ku dika oh koupusan
- Jiwaku hanya untukmu

Kosorou kopo nangku doho
- Masihkah kau ingat kepadaku


Lirik Lagu : Tanak Kampung (Anak Kampung) by Jimmy Palikat

Ika poimulok lagi ki kolumison
- Kau yang masih muda cantik lagi menawan

Kada doh sumonsong kusai irad doho
- Janganlah kau cari lelaki macam saya

Ika tu olumis manasal koh moti
- Engkau memang cantik nanti kau menyesal

Nga ingaa noh guna
- Tiada guna


Lirik Lagu : Proton Saga Kelabu by Jokteo Akang

Mogidu-gidu om gumuli-guli ko doho
- Lari meninggalkan diri lalu kembali kepadaku

Mihad-ihad ko moki'insian
- Menangis-nangis menagih kasih

Romou mato nu, romou mato buayo
- Air mata kau, air mata buaya

Apandai do 'makan jalan'
- Pandai betul makan jalan

Mintanud nopo ko dilo proton saga kelabu
- Pergi saja ikut itu proton saga kelabu

Siou ar kalau ada kesalahan ayat dia. Saya pun budak baru belajar... 








Thursday, June 05, 2014

My Skin Care



Ramai juga yang bertanya apa skincare yang saya guna. Kulit muka saya nampak gebu. Hahh,, gebu ker?? hahahaa... Jadi hari ne saya nak cerita sikit kat hangpa semua. Tapi produk penjagaan kulit yang saya gunakan biasa-biasa jer. Tak mampu saya nak beli dan pakai yang mahal dan berjenama.

Sumber : Cik Google
1) Nivea Aqua Sensation (200ml)
Dulu saya mengalami masalah jerawat yang suka tumbuh merata-rata. So, selepas menggunakan produk ne masalah jerawat dapat di atasi dengan senang sekali. Syukur Alhamdulillah, hati pun banyak senang guna Nivea ne, dari tahun 2011 lagi sehingga lar awal tahun 2014. Botol dia besar dan harga pun berbaloi tak mahal mana pun. 

Sumber : Cik Google
2) Giffarine Active Young Facial Foam (60g)
Saya sebagai anak sulung memang akan patuh kepada cakap emak... hehehee... Sebenarnya produk ne mumy yang belikan dan suruh saya mencubanya memandangkan Nivea Aqua Sensation sukar diperolehi di sini. Not bad product Giffarine, harga dia pun murah tak sampai RM10.00 pun, dah lar wangi. Saya guna facial foam ne lebih kurang dua bulan setengah macam tue.

Sumber : Cik Google
3) Safi Balqis White Trilogy
Pencuci muka yang paling latest saya gunakan sekarang. White Trilogy merupakan produk terbaru dari Safi Balqis. Saya dah menggunakannya lebih dua minggu so far takda masalah dan saya sangat suka sebab ianya 2dalam1 dimana ia bertindak sebagai pembersih dan penyegar dalam masa yang sama. Jadi ianya dapat menjimatkan wang dan masa kita. heeee

2011 - No Filter belum ada camera 360 










Friday, May 16, 2014

Keperluan Hostel



Memandangkan sekarang adik - adik batch 96 sedang sibuk melakukan persiapan memasuki hostel bagi menyambung pengajian mereka... So, kak senior korang ne nak bagi list barang sikit untuk memudahkan korang buat persiapan. Atleast takda lar blurr and tertanya-tanya apa benda yang hendak di bawa nantikan?

Secara basically, hostel akan jadi our second home. Kepada sesiapa yang belum pernah tinggal hostel or berjauhan dari family mesti akan rasa risau dan bimbangkan? Apa benda nak kena angkut nanti. So, barang - barang keperluan asas and personal things wajib berada di hostel.



  • Dokumen Penting
Selain dokumen yang pihak Universiti / Kolej minta semasa pendaftaran nanti jangan lupa bawa :
   - salinan asal sijil 
   - salinan asal buka akaun bank
   - dokumen berkenaan parents korang macam IC, penyata gaji dan lain-lain.
   - salinan yang ada pengesahan tue kalau boleh biar buat banyak sikit dalam 10 keping ke atas.
   - gambar passport

  • Pakaian
   - Baju Kurung. Kalau baru masuk bawa dalam 10 helai pun dah terlebih daripada cukup da. So, dalam minggu kuliah tue bolehlah tukar-tukar baju. Takda lar nanti orang perasaan kita guna baju yang sama dalam selang masa sehari. Lagipun senang plan and fikir nak pakai baju apa untuk seminggu. 

   - Tudung. Tudung syria and tudung express sangat penting bila tinggal kat hostel ne. Ianya memudahkan untuk kita gunakannya. Takkan nak turun pegi cafe korang nak pakai tudung yang bergaya ala-ala retisss kan?

   - Pakaian semasa kat rumah. Up to youu lar dear nak bawa berapa banyak and jenis yang macam mana pun. Takda orang yang kisah pun. Paling pun roomate / housemate korang jer yang tengok fesyen tue.

   - Pakaian untuk beriadah. 

   - Pakaian sukan. Track bottom, sweater and pakaian yang bersesuaian.

   - Telekung dan sejadah.

  • Toiletries
   - Sabun mandi, ubat gigi, syampu, pencuci muka, scrub, berus gigi, span mandi, conditioner, shaver.
   - Cotton buds, kapas muka, pads.
   - Hanger, bakul untuk letak barang mandian dan pakaian kotor, baldi, sepit kain.
   - Sabun pencuci kain and downy.


  • Stuff
   - Bedak badan and muka. BB Cream.                                                                
   - Lotion, dedorant, serum rambut, masker, hand sanitizer, perfume.
   - Sikat, kepit kuku.
   - Set penjagaan kulit wajah korang.

  • First Aid
  Sediakan yang basic jer pun dah ok.
   - Minyak cap kapak / minyak angin
   - Panadol dan ubat sakit perut
   - Balm 
   - Plaster

  • Barang keperluan bilik
Kebanyakkan hostel tak menyediakan bantal, so nanti jangan lupa beli ok?
   - cadar tilam and sarung bantal
   - selimut
   - Iron
   - Al-Quran, Yaasin and Al-Mathurat
   - Wayar extension
   - Kunci Mangga (sebagai langkah berjaga - jaga ya adik2)

  • Makanan 
Perkara yang wajib ada dalam list... but make sure korang sediakan mug, mangkuk, pinggan, sudu and garfu.
   - Maggi (Spaghetti yang famous for students)
   - Minuman 3 in 1
   - Biskut / roti
   - Bubur Segera
   - Gula - gula

  • Barang Kaki
   - Kasut Kuliah. Sebaiknya kasut yang bertutup.
   - Kasut Sukan
   - Sandal
   - Selipar tandas
   - Stokin kaki
   - Scholl Foot Care (untuk keselesaan kaki semasa memakai kasut)

  • Others
   - Alat tulis
   - Charger hengpong and powerbank 
   - Pendrive
   - *benda yang korang rasa penting. maybe gambar family, jangan angkut 1 album yang tebal dah.

Kalau nak ikutkan senarai yang kak senior bagi ne memang rabak lar poket korang nak masuk Universiti / Matriks / Kolej. mihmihmih. Tapi takpa mula - mula memang banyak benda keperluan yang kena disediakan, duit yang mengalir keluar toksah cerita.

Kehidupan kat hostel sangat berbeza dengan suasana di rumah, so behaviour korang kena jaga and yang paling penting kena biasakan diri dengan suasana persekitaran yang baharu. Pandai jaga diri ok adik-adik? Belajar terima kekurangan dan kelebihan roomate / housemate kita.

So, that's all buat masa ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong bagitau ya. Selamat Maju Jaya buat adik - adikku dalam #BloggerFamily. Jangan lupakan kak boo korang ne kelak. Mesti kak boo rindu perangai korang yang sungguh manja tue terutamanya EE and Adfa yang mengalami masalah #TYPONISM. Sejenis kecacatan di mana pesakit tidak boleh menaip dengan betul. Adik beradik disleksia. Nia and Erny junior typo pun telah berjaya di rekrut oleh Blogger Family. 






Thursday, May 01, 2014

Late Repost : Happy Birthday My Number One Hero




23 April 2014. 

To daddy with love,

Happy Birthday, Selamat Hari Jadi and Sanah Helwah to my daddy, Pengiran Awang Halifah bin Pengiran Abdullah. Did you know about the safest place in the world? It's your shoulder! On your birthday, I wish to thank you for every single thing you've done for me in life, every single smile you've given me, every single tear that you've gulped on my behalf. In all my life I had a gift. A gift that was kind and caring. A gift given from the Almighty. A gift I like to call him Dad. No matter how hard I try, no matter what I do, I would never be able to thank far enough for all your love and care you filled my life with. No matter where I go in life, who I get married to, how much time I spend with guys, how much I love my Mr.Sepet, you'll always be my king, my hero and my number one man. Im proud to be your daughter, dad. You was a good husband for mummy and a great father for us. May Allah bless you King Of my Heart always and our family. Muahmuahmuah

Sincerely,
Your 'Little Cute Girl'





Tuesday, April 22, 2014

Tips Bibir Cantik Menawan



Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips yang penting penjagaan bibir. Hal bibir tak boleh di ambil mudah begitu saja ok? Bibir yang cantik juga dapat meningkatkan tahap keyakinan seseorang untuk berhadapan dengan orang ramai. Lebih-lebih kita sebagai gegirl. Tak nak lar nanti bibir kita nampak tak cantik kalau letak lipstick or lip gloss ye dok?


1 . Jangan biasakan untuk menjilat atau membasahkan bibir terutama ketika bibir tengah kering. Ini kerana air liur mempuyai enzim yang menyebabkan kerengsaan pada luar bibir. Tapikan I pun selalu secara automatiknya buat macam gini tanpa di sedari. 

2. Jadikan lipbalm sebagai teman baik anda. I selalu bawa lipbalm and letak dalam wallet, so senang kalau nak jenjalan takda masalah lupa bawa lipbalm. Eyalar I letak dalam wallet sebabnya lipbalm tue bukannya besar mana pun memang confirm boleh muat punya. 

3 . Jangan gelupas atau tarik kulit bibir yang mati. Ia akan menyebabkan bibir anda luka dan berdarah. Seeloknya gunakan kain yang bersih atau wet tissue untuk mengelap bibir yang gelupas itu. 

4 . Pilihlah gincu yang sesuai supaya tidak tersalah pilih kerana ia akan menyebabkan bibir anda hitam dan kering. Bagi penggemar gincu juga, tidak perlulah menggunakan gincu yang sudah setengah tahun umurnya, kerana ia akan merosakkan bibir anda. 

5 . Bagi yang gemar menggunakan bahan semulajadi, hirisan tomato boleh di sapukan pada bibir anda. Biarkan selama 10-15 minit dan lakukan nya sebanyak 2 3 kali sehari. Hasilnya, bibir anda kelihatan lebih halus dan bebas dari pecah-pecah. 

6. Jus lemon yang dicampur madu juga memerahkan bibir anda kerana jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilseran yang baik untuk kesihatan kulit. Tambahan pula, madu boleh melembapkan kulit serta bibir kelihatan semulajadi lebih lembap. Untuk hasil yang baik, lakukan sebanyak 2 kali seminggu terutama dalam suhu sejuk dan panas. 

8. Minum air 8 gelas sehari boleh mencegah dehidrasi yag menyebabkan bibir kering dan merekah.

Alternatif lain : Anda bolehlah mencuba 3 Layer Lips tint bar Triple Shot.

Tint Bar Triple Shot

Pilihan warna Triple Shot


Apa kelebihan Tint Bar Triple Shot?

-> Merupakan base/concealer untuk bibir, pelembap dan warna yang sangat natural pada masa yang sama.

-> Warna akan bertukar dengan lebih natural lagi selepas 30 minit anda memakainya dengan mengikut warna bibir anda.

-> 3 Layer Tint Bar ::: Warna, pelembap dan lips base "Lembut, licin, berkilau cantik & gred warna mengikut warna bibir secara semulajadi."

-> Warna Utama ::: Diperkaya dengan ekstrak Royal Jelly. Lapisan warna ini memberi kesan terang pada bibir kerana ia melembapkan, mencegah pengeringan dan penglupasan bibir.

-> Warna Sub ::: Tinted lips balm yang ringan akan senang bergabung dengan bibir anda dan memberikan kesan semulajadi.

-> Warna Asas (Base) ::: Base akan bergabung dengan warna kulit asal bibir anda supaya menjadi lebih semulajadi dan juga menyebabkan warna utama akan lebih berkekal lama.

Saya guna #101 Triple Pink

“This innovative triple-colored tint coats, treats and colors lips for a bright and voluminous look in just a single sweep of the stick.”

Any further enquiry can directly contact me.





Friday, April 18, 2014

Bijak Bersama BookUp

                                

                                           

Siapa di sini yang mempunyai banyak buku rujukan mahupun buku teks? Tidak tahu hendak berbuat apa dengan buku-buku tersebut. BookUp adalah penyelesaian yang terbaik yang boleh dipertimbangkan. Daripada simpan sehingga rosak dan dimakan oleh anai-anai, dibuang ke tong sampah, menghantarnya ke pusat kitar semula mahupun dijual kepada apek yang membeli surat khabar, lebih baik jual melalui BookUp.


                                                           
                                                       Malaysia's Online Bookstore

BookUp, adalah satu laman penjualan buku terpakai secara online dan khusus untuk membantu pelajar dan pembaca buku untuk menjual buku-buku teks atau buku-buku mereka dan juga membenarkan orang ramai untuk membeli buku-buku yang terpakai pada harga yang lebih rendah. BookUp ini di usahakan oleh Mike Chu dan Jacqueline Khoo.

Kelebihan membeli buku di BookUp:
  • Gedung buku online di mana terdapat pelbagai buku terpakai yang ditawarkan.
  • Harga rendah dan jimat sehingga 80% dari harga pasaran yang sebenar.
  • Kemudahan penghantaran buku terus ke pintu anda secara pos.
  • Menjimatkan masa anda, mudah dan cepat.
  • Pendaftaran sebagai ahli secara percuma untuk mendapatkan tawaran hebat BookUp.

Jangan risau semua buku yang di jual adalah terjamin dalam keadaan yang baik. Ini kerana setiap buku yang diterima di pilih secara teliti oleh BookUp untuk memastikan buku tersebut masih boleh digunakan. BookUp mempunyai syarat dan kriteria tertentu dalam membeli semula buku terpakai.

              
Hanya tiga cara yang mudah untuk menjual semula buku:
  • Isi nombor ISBN ke dalam borang yang disediakan.
  •    
  • Penghantaran secara PERCUMA. *Jika amaun jualan melebihi RM150.
  • Dapatkan Bayaran. Duit akan di transfer secara terus ke dalam akaun bank anda.


MB sudah pernah melalui zaman kolej/Universiti dimana kita harus membeli buku teks dengan harga mencecah ratusan ringgit. Sebagai pelajar tentu saja hal ini akan membebankan diri, manakala buku yang dibeli hanya digunakan setakat satu semester. Ada juga pengalaman membeli buku daripada senior tetapi harga yang ditawarkan juga tetap mahal. Jika gunakan buku yang di photostat, lecturer akan marah. Jadi sekarang langkah penyelesaian untuk mendapatkan buku sudah wujud. Ya, BookUp adalah jawapannya. Bukan saja mudah,senang serta menjimatkan masa dan wang ringgit.


BookUp bukan saja menawarkan buku rujukan malahan terdapat novel dan komik. Jadi, BookUp adalah gedung ilmu online yang wajib bagi pengemar bahan ilmiah dan sebagai platform menjana pendapatan sampingan bagi sesiapa sahaja dengan cara penjualan buku semula. 

Segala pertanyaan mahupun info lanjut boleh berhubung terus dengan BookUp:





Monday, March 24, 2014

Malam Gema Cinta Rasul


MALAM UNTAIAN RINDU LAUTAN KASIH JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W...
MAJLIS BATU SAPI BERSELAWAT PEMIMPIN BERSAMA ULAMA.
Tarikh : 23 March 2014
Tempat : Dewan Masyarakat Sandakan
Masa : 8:00 Malam

ENTRI BERGAMBAR














Alhamdulillah dapat berkumpul bersama-sama warga Sandakan mendengar ceramah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. semoga lebih banyak acara seperti ini diadakan... Sungguh bermakna malam tadi dan menyentuh perasaan hingga mengalir air mata...

P/S: excited updated entri sebelum tidur... masih teringat peristiwa tadi... Alhamdulillah masih diberikan peluang...

Love,