Wednesday, July 02, 2014

Biskut Oreo Black Beauty

(AutoPublish)
Credit to : Kak Azlita Aziz


Apa macam? Nice sangatkan biskut ini. hehehe... Yummy~ Sempat jugalah ayaq liuq missB meleleh tengok gambar biskut yang comel molek ne. Yang ne namanya biskut Oreo Black Beauty. Hitam itu menawan ok? 

Sebenarnya missB pun tak tahu kewujudan biskut ne sampailah suatu hari missB ternampak rakan group di facebook post gambar biskut ne. Fuyohh, gigih terus missB mengoogle ya. Akhirnya jumpa juga. Thanks to Kak Ita atas gambar dan resepi ne ya. Mohon korang semua terharu. ngeee. So, sesiapa yang masih tercari-cari biskut raya yang comel dan sedap 2014 ne bolehlah mencuba tau.



Biskut Oreo Black Beauty

Bahan A

280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - (kak ita tak letak)
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - (kak ita tak letak)



Caranya:-

Pukul bahan A hingga kembang.
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara Kak Ita 
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..

So,selama mencuba. :)




P/s: Maaf entry autopublish, ada masa missB datang lawat blog korang ya. Selamat berpuasa. xoxo

Wednesday, June 25, 2014

WW : Menantu Terbaik



Seakan menjadi trend dah sekarang ne kan pasal Menantu Terbaik...
Maaflah MissB pun tak nak ketinggalan dengan trend ne... Menantu Terbaik adalah Orang Sabah. Hahaha. 
Actually, negeri mana pun dan apa pun pekerjaan dia yang penting menantu dan bakal menantu tue baik dan hormat ngan suami/isteri dan keluarga dia sekali. Kan kahwin ne bukan setakat berkahwin dengan pasangan masing2 juga kahwin dengan keluarga dia.

P/s: Jadi anak menantu yang baik sudah jangan jadi anak hantu pula. Hekhekhek