Tuesday, June 24, 2014

Roh Yang Kembali di Bulan Ramadhan

 (Schedule Post)

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN.

APABILA TIBA BULAN RAMADHAN, SEMUA ROH BERKUMPUL DI LUH MAHFUZ MEMOHON KEPADA ALLAH S.W.T UNTUK KEMBALI KE BUMI. ADA ROH YANG DIBENARKAN PULANG KE BUMI DAN ADA YANG TIDAK DIBENARKAN.
ROH YANG DIBENARKAN PULANG ADALAH KERANA AMALAN BAIK MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA ATAUPUN ADA PENJAMIN-PENJAMIN YANG MENDOAKAN MEREKA. MANAKALA ROH-ROH YANG TIDAK DIBENARKAN PULANG DISEBABKAN KESALAHAN MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA AKAN TERUS DI PENJARA DI LUH MAHFUZ.

APABILA ROH DIBENARKAN PULANG, PERKARA PERTAMA YANG MEREKA LAKUKAN ADALAH PERGI KE TANAH PERKUBURAN UNTUK MELIHAT JASAD MEREKA. KEMUDIAN MEREKA AKAN PERGI KE RUMAH ANAK2 MEREKA, ORANG YANG MENDAPAT HARTA PUSAKA MEREKA DAN KE RUMAH ORANG YANG MENDOAKAN MEREKA DENGAN HARAPAN ORANG YANG MEREKA LAWATI ITU MEMBERI HADIAH UNTUK BEKALAN MEREKA.
PERKARA INI AKAN BERLARUTAN SEHINGGALA TIBANYA HARI RAYA AIDILFITRI. PADA SAAT INI MEREKA AKAN MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA JASAD DAN PULANG SEMULA KE LUH MAHFUZ DENGAN BEKALAN YANG DIBERIKAN OLEH MEREKA2 YANG MASIH HIDUP.
DI SINI DIBERITAHU HIKMAH ADANYA ALAM KUBUR.
   - ALAM KUBUR MEMBUKTIKAN BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG.
   - ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA HAYATNYA BOLEH DIBANTU DENGAN DOA ORANG2 YANG MASIH HIDUP.
   - ALANGKAH BAHAGIANYA JIKA SESEORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA MASIH MENDAPAT BEKALAN DARI ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP.


OLEH ITU WAHAI SAHABATKU, JANGAN BIARKAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG, YANG MENGHADAP ALLAH TERLEBIH DULU DARIPADA KITA SEPI TANPA DOA DAN SEDEKAH DARIPADA KITA.


SESUNGGUHNYA APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM ITU, TERPUTUS IA SEMUA HAL KECUALI 3 PERKARA IAITU:

   - DOA ANAK2 YANG SOLEH
   - ILMU YANG BERMANFAAT 
   - DAN SEDEKAH AMAL JARIAH.    (C/P)

Oleh itu marilah kita banyakkan berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi dahulu daripada kita. Semoga Ramadhan ini kita dapat perbanyakkan amal kebaikkan kita. In Shaa Allah.





10 comments

June 24, 2014 at 6:03 PM

Alfatihah untuk bapa saudara saya yang sudah menghadap Ilahi pada beberapa bulan yang lalu.. Hmm.. :'(

June 24, 2014 at 7:20 PM

true laa ni :o

June 24, 2014 at 8:49 PM

Baca entri kali ni buat airmata ana meleleh jap. Sedih! Wuuu~ teringat arwah ayah ana. :'( tengs k.boo. Nice sharing.

June 25, 2014 at 12:41 AM

Allahuakbar!
Good words there :)

June 25, 2014 at 8:21 AM

Wuu muhasabah diri muhasabah diri dah nak bulan Ramadan nii :)

June 25, 2014 at 8:52 AM

X sabar rasanya... tinggal berapa hari je lagi masuk bulan ramadhan... :)

June 25, 2014 at 8:52 AM

Allahuakhbar.. =')

June 25, 2014 at 10:56 AM

Selamat menyambut Ramadan miss boo :)

June 25, 2014 at 1:04 PM

Salam Ramadhan yang akan datang. :)

June 9, 2018 at 2:32 PM

Rindu saya pada arwah wan.. terima kasih share article ni

Post a Comment